him...her...together...

him...her...together...

Saturday, 20 June 2015


Assalamualaikum


Alhamdullillah tahu ni tahun pertama berpuasa sebagai seorang isteri dan ibu. Semoga Allah sentiasa merahmati keluarga kecil kami. Bukan senang nak hidup dengan keadaan kami macam ni. Dugaan datang bertalu-talu. Dalam keadaan aku yang masih lagi dikire berpantang ni memang banyak masalah. Itu ini semua nya ada.  Tapi bersyukurlah pada Allah kerana masih di beri umur yang panjang.

Banyak planning ny tahun ni. Baju raya dan kuih raya. Untuk my prince baju rayenye, kalo boleh nak D.I.Y. alkononya la. Tak tahu la bleh ke tak. Dan ke tak. Sebab utama nak buat biskut untuk raya. Nak jual. Ha, sape nak tempah mai la. Sebab wat harga lame lagi.

Insyallah dijamin sedap. Setiap tahun buat sebenarny tapi tak buat komersial pun. Tahun ni ingatnya nak komersial la. Sape nak mai la order. Insyallah kite bagi harga diskaun lagi. Hada juga mengambil tempahan kek coklat moist yang super sedap dengan harga yang murah. Boleh tempeh untuk raya, tapi kene cepat sebab takut kolum penuh. Hada nak balik raya kat kg. Nak bawak si kecik haris balik kampong. Insyallah tahun ni ke Gemas dan Perak. Semoga dipermudahkan.


PS: sape nak boleh ler wasap hada 016-9333451....hada bgi harga special untuk 20 order pertama.....cepat2...


chocolate chip
RM 26 / 50 pcs


almond london
RM 26 / 50 pcs

cornflake madu
RM 26 / 50 pcs

Image result for coklat kek moist
kek coklat moist heaven
RM12 / perbekas
6" x 6"


Thursday, 4 June 2015

Sambungan beranak….part 2….

Sebenarnya ku tak prepare langsung pun pasal baby dalam perut atas sebab-sebab tertentu. Ku piker masih boleh prepare last minit. Al kononnya last minit is our trust. Sebenarnya bukan mudah jadi aku. Bukan niat aku nak merampas. Tapi dah terampas. Bukan mudah sebenarnya jadi isteri yang kedua. Aku memang tak sanggup, tapi dah jodoh nak buat macam mana. Sungguh, madu aku memang baik, tapi perempuan mane yang sanggup nak terima kita dengan ikhlas dan baik.
            Ku terima dia dengan baik, dari sebelum ku beranak lagi die ade hajat nak kenal dengan aku. Tapi ku tak mahu. Aku ada alasan ku sendiri. Kenapa dan mengapa. Memang la aku yang merampas, tapi aku pun ada hak jugak sebagai isteri. Apa yang kalian rasa, kalo setiap saat dia dok menempek sebelah suami aku, sebelah anak aku. Weh, aku ni patung cendana ke dalam rumah? Ku memang sakit hati. Tibe-tibe ku pikir lebih baik, ku memang tak pernah kenal maduku itu.
            Pantang dalam hidup aku, orang menyebok dalam hidup aku. Cara aku hidup, bagaimana aku hidup, biar aku yang tentukan. Suami aku memang ada hak, tapi bukan cik madu perlu sebok-sebok aturkan hidup aku. Semue orang akan cakap, aku pemangsa, cik madu jadi mangsa. Tapi aku lah yang jadi mangsa. Seminggu sekali berjumpa dengan suami, perlukah cik madu ikot sekali? Aku xde life ka? Kalau aku nak aku nak pergi mana-mana, rumah kawan ker, sedara mara ker, xkan ku nak bawak cik madu. Malu muka la weh. Aku pun a part of family. Tu la orang cakap sebelum buat keputusan, berpikir dulu. Aku ni tak berfikir.

            Sambung balik cerita pasal labour room tuh…………………..
Aku disuruh cek jalan masa orang tengah datang melawat. Kebetulan ku tengah menunggu inche hubby datang. Bawak segala barang. Masa tu pampers anak pun xbeli lagi. Terpaksa la laki aku g beli. Lagipun kemampuan aku dan suami terbatas bab-bab keewangan. Kesian jugak kat die, die tak berduit mane. Mane nak pikir, ku yang nak beranak ni.
            Aku pun berjalan la pelan-pelan g bilik rawatan yang jauh kat depan tu. Beratur dengan a fews momies yang nak beranak jugak. Baca fail, tengok kanan, tengok kiri, dia pun suruh aku naik atas katil tu. Cek sana, cek sini, die suruh turun. Aku pun tunggu. Doctor ni ada masalah ape tak tahu, memang tak bgtau sepatah pun macam mne. Sebab die suh aku tunggu, ade momies yang die suh masuk labour room dah. Aku ni tercongok la kat situ. Last-last ku tanya,
 “Dr, saya ni macam mana.”
“Oh awak, katil 24 kan? Dah 3 cm dah, nanti saya suruh nurse prepare awak untuk masuk labour room.”
“ha, masuk labour room?”
“Ye, kita akan tanya mana katil kosong, kosong je katil awak masul lr.”
Huih korang, tengok. Bukan orang cakap, 6 cm baru masuk labour room ker? Aku ni baru 3 cm, dr dah suruh masuk lr. Tergamam sekejap. Takut tu dah mula ada. Dok terpikir pukul brape la baru boleh beranak. Aku pun balik katil dan prepare yang mana patut. Inche hubby pun tanya,
“Lagu mano yang.”
“Keno masuk labour room doh ni. Tunggu katil kosong nanti dorang tolak masuk dalam sano.”
“Yelah.” Aku pun menunggu dengan penuh debar. Sebok dok main wasap group dengan ember u dulu. Itu ini, itu ini. Masa tu memang tak rasa sakit lansung pun. Serius elok jer aku berwasap segala bagai. Lebih kurang pukul 3.00 petang, nurse suruh prepare untuk pergi labour room, naik kereta toak kot, aku pun dah xingat. Masuk labour room, dorang suruh tukar baju, bukak tudung n dorang start pasang alat yang dengar jantung baby tu. Lebih kurang setengah jam kemudian, ade seorang doctor lelaki masuk. Die selak fail, n then bgtau nurse, die taknak pasang, alat tu kat luar. Dia nak buat internal punya. Masa tu muka punya la malu. I am not prefer dr lelaki yang buat, tapi nak buat macam mana. Dah selesai urusan die, die pun keluar dan masa tu start sakit yang terlampau.
Masa tu memang tak leh nak tahan dah. Bertapa sakitnye perut. Tuhan je yang tahu betapa sakitnya. Masa tu hanya boleh tarik nafas, berselawat, dan merintih sakit. Aku perasan jam tu pukul 4.20pm mase aku start sakit melampau tu. Ku tak perasan masa mana ku start meneran, tapi aku dah bgtau doctor tu yang ku nak beranak ni. Die suruh tahan, die kata, semua orang sakit nak beranak. Yes, memang la, tapi masalahnya ku nak beranak sangat dah ni. Doctor tu tak percaya, dia suruh teran kalau nak teran. Daku pun teran la. Masa tu,baru la dia kelam kabut nmasuk dalam labour dan pedulikan aku yang nak beranak tu. Masa dia masuk tu, aku dah start teran kali kedua. Kelam kabut preparing all those thing dan panggil inche hubby. Masa inche hubby masuk, ku memang xde tanag dah teran untuk kali ketiga walaupun ku tahu kepala bb memang betul2 dekat pintu tu.
Dalam masa aku mengambil nafas, dr tu mengambil peluang untuk mengunting jalan. Dan aku pun meneran buat kali ketiga dan bb meluncur keluar. Masa tu aku rasa macam hilang hutang sejuta. Lega seleganya. Die tunjuk anak tu, dan Alhamdullillah lelaki, itu yang aku harapkan. Hanya Allah yang paham perasan ku macam mana. Susah payah mengandung kan dia dalam perut selama 9 bulan, terbayar dok tengok jernihnya muka si kecik atas perut.


Ku nak balik dah. Ku sambung nanti. Ada lagi yang xhabis nak ditulis. Doakan yang baik-baik sahaja ya………………………………..

Saturday, 30 May 2015

Assalamualaikum........


Ececeh setelah bertahun baru ingat nak update blog...ni bukan setakat bersawang dah ni...segala jenis sampah sarap dan runtuhan sume hado...hohoho...

Alhamdullillah, hAdA selamat menjadi isteri orang tahun lepas. Isteri yang xde dalam istilah kate orang. Sebagai second wife kepada suami yang baru berumur 26 y/o memang sangat mencabar. Ditambah plak dengan hAdA ni memang kaki cemburu dan kaki perampus. Tapi bukan nak cakap, hidup kami aman bahagia jer, selama 9 bulan pertama berkahwin walaupun hAdA tengah pregnant masa tu. Tapi tulah, ape yang kite buat, kita dapat balik. Kalau dah dasar perampas tu, perampas la jugak. Hahahaha…….

          Alhamdullillah, hAdA selamat melahirkan seorang putera yang diberi nama Haris Hussein. 36 weeks old dalam perut, tanda nak bb nak kluar adalah kebocoran air ketuban. Aku ni yang tak tahu ape-ape pergilah keje pagi tu seleas checkup. Sebab xthu ape-ape. Tanya inche suami pun die tak tahu. Balik dpd kerja tu aku tengok makin banyak plak air yang keluar. So, kelam kelibut la menalipon (aku dengan die PJJ). Malam tu jugak kitorang pergi hospital, dengan lenggang kangkungnya. Sebab tak tahu nak beranak lagi. Masuk dalam labour room, passing buku pink. Dan dorang pun isi segala jenis boring. Still tak tahu lagi nak beranak. Ask the doctor dorang pun tak tahu macam mana. Letak jarum kat tangan and do all the procedurs, masuk la dalam wad, lebih kurang pukul 3.30 pagi. Hubby pun dah balik rumah tidor. Ha korang tengok betapa berdikarinya aku.

On 6 am, dorang bg makan ubat kaler oren yang besar tu. Dan suruh pergi bilik rawatan. Cucuk sana, cucuk sini, rupa-rupanya pecahkan air ketuban. Masa tu baru ku tahu kene beranak dah hari tu jugak. Siap masuk ubat untuk induce, aku pun start sakit la. Lebih kurang pukul 8am, dorang kejutkan nak cek jantung bb. Masa tu sakit tahap tak ingat dah. Dok merintih, menangis, teresak sume ade. Dah siap sume, balik ke katil, dah xleh nak buat ape sebab sakit yang amat. Dok baring, tido 5 minit, sedar. Tidor balik, sedar balik. Ade la a few nurse pelatih yang comey-comey ni, very kind. Dok tanye sokmo, kak sakit tak. Sakit dik. Hahaha, lucu rase. After a fews moment, dorang panggil nurse, n nurse suruh aku check jalan kat bilik rawatan.

Letih la menaip.. sambung lain kali la sebab, aku nak sambung buat keje…

Ok daaaaaaaaaaaaaaaaaaaa…………….



Friday, 28 December 2012

istanbul aku datang



Satu benda yang hada paham tentang hidup ini. Segala duka dan derita hanya dating dari akal dan hati. Tapi kalau kita ingin dan sanggup untuk membuangnye kita mampu. Seperti hada, tiada orang tahu atau paham penderitaan dalam hati hada. Tapi hada ingin lari dan mencapai bintang untuk menghilangkan derita yang ada. Bukan mudah, bukan sesaat dua, bukan sedetik masa untuk hada cuba membuang segala perit dalam jiwa. Hada paksa hidup hada untuk bahagia, melupakan segalanya.
                Siapa yang tak sakit hati kalau cinta dikhianati. Siapa yang ingin hidupnya berantakan dan hancur. Pegalaman bukan hanya mengajar tetapi menambah erti kesabaran dalam hidup. Mungkin hari ini, ini tkdie hidup hada, bercinta dan menagih kasih suami orang, mungkin suatu hari nanti hada dapat buktikan yang hada mampu hidup tanpa dia, dan hada mampu laukukan apa saja untuk hidup hada sendiri.
                Kalau esok ada ruang akan hada pergi dari amarah dan derite ini. Dari duri dan sakit ini supaya hada bahagia tanpa derita. Supaya hada mampu membuang segala kenangan cinta dan derita yang hada lalui selama hidup ini. Kalau la esok itu matahari masih bersinar seperti hari ini, dan bintang tetap berkelip seperti malam ini, akan hada tinggalkan segala pahit manis yang ada untuk mendapatkan masa yang lebih lapang akan datang.
                ini penangan tengok cerite istabul aku datang la ni. Merepek meraban ambe...

Thursday, 5 April 2012

hidup

hAdA nak cerite satu bende...

Dalam dunia ni penyakit hati boleh membawa kemusnahan. Kalo setakat jatuh cinta -ececeh, ok la- tapi kalo penyakit cemburu buta, penyakit dengki memang tak boleh bla. Dulu tak penah terfikir yang dunia keje ni lagi banyak cabaran dpd blaja. Seyes bile dah kene dan terkene baru paham macam mane rentak duni pekerjaan ni.. Susahnya bila everythings is ok, so member kat tempat keje pun, "wah blagak gile die, blagak pandai, n bla.. bla.. bla.." serabut weh...


Bila umur dah meningkat 24 ni hAdA terfikir bila lah jodoh nak datang menjelma. Bukan apa, zaman belajar dah habis, nak jugak lah merasa jalan hidup yang berbeza-beza. Skang pun, asyik kuar jer, tapi hujung pangkal tak thu kat mana. Kalau ada ikatan tak per jugak. Ini nothing. membazir masa dan tenaga je. huhu


Sunday, 18 March 2012

belajar vs kerja

Dah lama hAdA tak updates blog. What happen to hAdA ya? hAda ok jer...skang ni tengah praktikal kat salah sebuah hotel di Kota Bharu. Wah setia ya hAdA di Kelantan. Seronok di Kelantan ni, environment yang aman. Insyallah.
Apa ya cerita hAdA kali ni.?? hAdA nak cerita pasal hidup hAdA sekarang ni.
Susah jugak ye bila bekerja. Kalau tak pandai nak bahagi masa memang tunggang langgang hidup. Macam hAdA sekarang ni. Semua tunggang langang. Termasuk hati –wah menggatal ye hAdA-. Bos ok, kawan tempat kerja pun ok. Everything ok kot. Tpai hAdA lebih suka UMK dpd bekerja. Sebab?
  •           Belajar tak payah pikir pasal duit
  •           Belajar ikot time sdri, bukan 9-5 –kadang-kadang lebih-
  •           Penat kerja lagi daripada belajar
  •           Kerja kene pandai berdikari
  •           Kene masak sdri
  •           Kene bajet sdri
  •           Semue sdiri

Sebab? Dah besar. Tak ada orang dah nak amik tahu pasal kita.

Hati hAdA sedang tunggang langgang, sebab,
  •           Si dia macam tak peduli dengan hAdA
  •           Sebab hAdA lebih memikir pasal kahwin daripada benda lain
  •           Sebab ada renungan lain yang buat hati hAdA sudah jatuh hati

Yang paling utama, hAdA ingin berubah.
Harap-harap Allah beri hidayah kepada hAdA. Amin.

Sunday, 18 December 2011

ini kenangan ku.....

Ini Kenangan Terindah.












Hampir tiga tahun setengah bermaustautin di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), kampus Pengkalan Chepa, banyak kenangan yang dikutip. Bukan hanya sekadar mendapat ilmu yang menggunung tinggi bahkan pengalaman juga berbakul banyaknya. Ini kenangan terindah, bukan mudah untuk mengharungi bersama-sama, suka duka, susah senang. Alhamdullilah. Pengajian aku dan rakan-rakan sekelas ku hampir kepenghujung. Tamat sudah kelas-kelas kami yang beraneka bagai cerita, beraneka bagai ragam dan sikap. Pelbagai pahit manis diharungi, pelbagai jenis pengalaman dikutip sepanjang titian perjalanan ini. Dan syukur kepada Allah yang kuasa memudahkan segala urusan aku dan kawan-kawanku.
          Bermula dari semesta satu, jatuh bangun bersama UMK yang baru bertatih. Memulakan langkah sabagai siswa dan siswi. Meninggalkan kampong halaman untuk mencari segulung ijazah. Bermulalah persekitaran baru, kawan-kawan baru, penem[atan baru dan pikiran baru. Rasanya, tiada ditempat lain, dekan sendiri turun ke kelas mengajar kami yang dahagakan ilmu. Membimbing selangkah demi selangkah dari a ke b ke c dan seterusnya. Lalu, kawan-kawan bertambah dari minggu ke minggu. Kenalan mula mengisi contact nombor Upax ditelephon bimbit.
          Semester dua menghadirkan diri dengan pelbagai kerenah. Dengan PTPTn di potong lebih dari 70%, kami hidup bergantung antara satu dengan yang lain. Bermula di asrama atas fakulti berpindah ke rumah falt diseberang jalan. Namun semuanya pengalaman terindah. Di sini aku mula mengenali dunia. Disini aku mula mencintai dunia dan membuka minda ku. Dari berdua tinggal seorang. Ini pengalaman ku.
          Semester empat membawa perubahan drastik. Cik Suhada A.k.A su @ hAda sudah mula mengenali Kelantan. Sudah meluaskan contact keseantero daerah. Wah, sudah maju ya. Ini dunia. Lagi ramai manusia yang aku kenal, lagi banyak ragam yang aku paham. Berlalu sudah 123, abc, sekarang dunia perlu a millions, more that .,:!. Tanda ? menjadi penyeri setiap nota-nota yang ada.
          Kenangan ini tak akan ku lupa. Berkumpulan menyelesaikan kerja, memanipulate segala data yang ada. Berkerjasama saling membantu. Namun aku belajar, yang baik selalu ditindih. Langsung dengan itu seterusnya aku memanipulate sesungguhnya untuk menghasilkan sesuatu yang optimum. Asigment minum kopi + makan kacang pes. Menghabiskan malam-malam menjadi kelawar untuk menyempurnakan LAST MINUTES IS OUR TRUST. Menangis menyudahkan PPTA, tersenyum gembira selepas presentation, lega apabila periksa berakhir. Ini kehidupan student. Pengalaman ini bukan berharga serial, atau 2 riyal. Tapi ini berharga sejuta rasa.
          Lalu, setelah hampir berlalu 3 tahun dan setengah, pelbagai cerita telah aku kutip, pelbagai pengalaman mengisi album hidup. Dari berkeluarga hingga tidak. Dari berdua hingga ke seorang and berdua semula. Alhamdullilah, tinggal satu semester terakhir.
          Kawan-kawan dan kenalan di UMK, lectures dan staf FKP dan ISME terima kasih kerana telah melayan kerenh aku dan kami. Terima kasih kerana sudi menerima kami untuk mengisi kekosongan di sini. Biarlah orang kata university rumah kedai, atau university budak sekolah, namun aku bahagia disini. Bukan mudah untuk belajar berlari dalam hidup. Memenuhi segala kateria yang ada. Tawaran kerja dari Falkulti Pelancongan dan Hospitality insyallah akan kami penuhi. Terima kepada Prof Dell, Dr Ghaz, PM Aziz, Miss Liza, Miss Awin, Miss Wee, Miss Haziati, Madam Ida, En. Naqib, Datuk Nawi, Dr. Rafi, Prof Faruk, Datin Rosnah, Dr Rosdi, Madam Noraini, En Marwan, Ustaz Talal, Achan Nakawat, Achan Champa, Mr ArizaL Afzan, Mr Bob and others lectures.
          To all my friends: Fina, Lela, Wana, Ummu, Ina, Lili, Yati, Miza, Nuyu, Huipin, Meimei, Rozi, Pian, Ayang Zamri, Lan, Zila, Fadli, Uma, Mimi, Ema, Hadia, Rozi, Parin, Faliza, Khazimah, Santi, Fiza, Raj, Loi, Alilah, Noriah, Ain, Suzi and Asma, kalian kenangan terindahku. Kalian yang menyempurnakan segala-galanya selama aku di UMK ni. Kalian yang terhebat. Semoga kita berkawan selama-lamanya. Buat roommate saya, Yaya, Miza, Iera, Nuyu, K.Nik.K. Asma, Ain, Azie dan Lela. Terima kasih kerana memahami saya. Kalian are the best.
          Ini kenangan aku, kenangan terindahku. Semoga Allah memudahkan segala urusan kami. Amin.

Tuesday, 13 December 2011

Atuk dan Opah...

Buat yang tersayang, jasamu akan ku kenang. 23 tahun kita bersama mengharung segala suka duka. Hanya aku yang tahu, hanya aku yang ada di sisi. Namun, kadang-kadang aku terleka, engkau ku pandang endah tak endah. Engkau ku lupa dalam kesibukkan ku mengharungi hari. Namun kalian tetap di hati. Biar jauh, hanya doa yang dapat ku beri, memohon segala salah dan khilaf ku dari dulu sehingga ke hari ini. Arwahyarham Haji Abdul Rahman Bin Leman dan isteri, awahyarham Hajah Saebah Lebai Rashid, kalian tetap dalam doa kami. Kesayangan saya ini telah pergi menemui Ilahi. Al fatihah untuk mereka. Ini kenangan kita, atuk dan opah. Semoga Allah mengasihani kalian seperi mana kalian mengasihi saya.
Pemergian kalian membawa 100% kesan kepada aku, sebab hanya kelian tempat aku bergantung. kalian pergi membawa separuh daripada nyawa ini, membawa lansung semangat yang bersisa. namun bergitu aku berharap, Allah menempatkan kalian dalam kelangan orang-orang yang dikasihi dan disayanginya.AMin.

Saturday, 3 December 2011

buat seorang sahabat...

Untuk awak,
            Mungkin saya silap dah salah, mungkin saya lupa. Mungkin juga saya ego. tapi tak pernah terlintas dalam diri saya untuk menidakkan awak sebagai seorang yang banyak berjasa membantu saya sepanjang saya disini. Menyokong saya ketika ketiadaan orang yang saya sayang, menenangkan saya ketika saya runsing, membantu ketika saya sesak.
            Mungkin juga saya cemburu, bila awak berkawan dengan dia, saya rasa diri saya hanya manusia terbuang tidak berguna. Tidak pernah disenangi. Bila awak berkawan dengan dia, saya rasa saya dipinggirkan. Semua hanya untuk dia. Dan mungkin saya juga yang salah, tidak memahami awak.
            Kita berkenalan bukan semalam, tapi mungkin saya bukan sahabat yang terbaik untuk awak. Mungkin saya tidak serasi dengan awak. Mungkin saya tidak mampu mencapai level untuk awak.
            Kalau dulu, tidak pernah sekali awak lupakan saya, sekarang dah tak ingat ye. Kalau dulu makan, tak pernah tak ajak, sekarang, saya makan sdri awak mkn sendiri. Kalo dulu tak lengkap takder saye, tak der awak. Sekarang, awak sihat ke tak, dok kat kat mane, saye tak amik tahu. Kenapa? Sebab saya rasa saya tak perlu tahu kalau awak sendiri yang tanak saya amik tahu.
            Mesej pun tidak dah, tanya itu ini pun tak der dah, telepon apatah lagi, memang susah nak tengok dalam list dialled ngan receive call. Lalu bagaimana? Awak dan saya masing-masing keras kepala, masing-masing tanak cara.
            Nak telepon pun serba salah, kalo angkat pun macam nak tanak jawab je, nak mesej pun macam rase tak perlu sebab takder ape nak tanye atau sembang. Nak jumpe pun tak thu nak wat aper. Kalau menjenguk kat bilik, awak lebih kepada buat tak tahu, jadi saya macam mana? Malunya, bercakap pun macam nak tak nak. So, saya pun buat tak thu jugak. Kalo awak tepon tuh, tgk miskol pas saya balik mandi, wah bersyukurnye, tengok ade mesej dalam telepon, pun happy semacam jer. Tapi sekarang ni tak der dah kot. Masa semakin suntuk. Mungkin esok awak dan saya tak berpeluang untuk berjumpa lagi. Mungki esok awak dan saya takde sebab untuk berjumpe lagi. Mungkin esok, awak dan saya, hanya senyum ketike berselisih bahu sahaja.
            Walau macam mana pun, awak sahabat terbaik yang pernah saya jumpa, awak sahabat yang terindah yang saya ada. Kalau lepas ni, awak dan saya tidak berkesempatan untuk besam lagi, saya mintak awak ingat satu sahaja, ingat lah saya sebagai seorang yang pernah jadi sahabat awak. Ingat la saya sebagai seorang teman yang pernah mengisi tempat disisi awak sebagai peneman, biar lah awak nak kata saya koya, poyo, atau lain, tak per. Saya tahu, kalau saya tak luahkan, mungkin taka de kesempatan. Kalau saya tak luahkan disini, mungkin satu hari nanti, saya takkan berpeluang lagi untuk meluahkan nya. Ini medan terbaik untuk saya berkongsi. Kalau pun awak tak baca, saya tak kisah sebab mungkin ada yang akan bagitahu awak. Dan kalau tidak pun, bairlah orang lain yang menilai perasaan saya pada awak sebagai sahabat. Dan saya berharap, awak takkan pernah bauang saya sebagai seorang sahabat awak. 

Saturday, 19 November 2011

C.I.N.T.A (persepsi hada)

C.I.N.T.A. K.I.T.A. satu rasa
C.I.N.T.A. B.U.T.A. tak bermata lahirnya
C.I.N.T.A. G.I.L.A. pada harta
M.A.N.A. C.I.N.T.A.. yang sebenar2nya
C.I.N.T.A. K.I.T.A. sampai bila
Manakah satu arah kita sebenarnya dunia

Kita berasmara di dalam cinta yang tak bermaya
Kita berupaya selagi padu janji setia
Kita selami cinta ini kian lama
Telan arus nangis ketawa
Sama rasa pastinya
Walaupun tahu cinta itu tak bermata
Namun masih banyak ada
Yang menawan di dalamnya


Wah, rokckers hada yer.. layan XPDC tu. Nak wat macam mana hAda memang minat lagu-lagu rockers 80an ni. Lagu-lagu zaman ni memang betul-betul menusuk jiwa. Mesti kawan-kawan nak kata hAda jiwangkan? Tak pe, hAda tak kisah.
siapa yang mahu hAda diskusi hal cinta hari itu? nah hAda dah come out dengan sesuatu yang anda minat.
Bukan mudah untuk mencari cinta, bukan mudah untuk memahami siapa saya, siapa awak tapi inilah cinta. Kalau tidak, tidaklah dipanggil stage penyesuaian mase bercinta. Manusia ni kan banyak ragamnya, maka kita perlu mengenalinya. Bak kata pepatah orang tua-tua, tak kenal maka tak cinta, Kadang-kadang betul juga, pepatah lama ni, kalau dah kenal baru  jatuh cinta. Kalau tak kenal macam mana nak jatuh cinta kan??? Kan???
Tapi hairan ya, ada juga yang bercinta jarak jauh, yang tak pernah kenal rupa, yang tak berjumpa, bercinta. Macam mana ya? Apa rahsianya? Wah, teringat hAda kisah kawan hAda di sekolah dulu. Bercinta dengan seseorang yang tak pernah dikenali. Hanya bertukar gambar. Bertahun lamanya. Hanya mengenali lewat telefon-telefonnya. Adakah anda pernah mengalami sebegini? Dimanakah letakknya cinta itu? hAda sendiri kurang pasti.
Pada hAda cinta itu buta. Sebab hAda tak dapat menilai siapa yang hAda cinta. Pada hAda juga, cinta itu bodoh sebab terpaksa berkorban untuk orang yang hAda sayang. Dan hAda juga berpendapat, cinta itu palsu, keranan hanya dengan kata-kata manis, hAda mampu terlena dalam cinta. Lalu, mesti kalian tertanya-tanya apa itu cinta pada hAda. Pada hAda cinta itu mewah. hAda perlu mewah untuk bercinta. Bagaimana?
1.       Perlu selesa masa dating
2.       hAda tak nak bermadu :P
3.       masa dengan hAda Cuma dengan hAda, bukan dengan orang lain
4.       kasih sayang itu hanya untuk hAda
hAda bukan hanya ingin mewah dari segi keewangan tapi hAda juga mahu mewah dengan kasih sayang.
seSungguhnya, cinta hanya pada satu, untuk yang berhak, ALLAH swt. Namun, manusia lupa kepada siapa cinta itu seharusnya diberikan, kepada siapa rindu itu seharusnya di curahkan. Muda-mudi hari ini –termasuk Hada- buta menilai cinta yang agung. Bak kata orang, cinta itu buta. Kalau cinta itu buta, kita sebagai umat seharusnya rela berbuat apa sahaja untuk ALLAH swt dan meninggalkan larangannya. Namun, fenomena hari ini, terbalik pulak, untuk buayefriend –boyfriend- sanggup, tergadai body tak per. Tapi nak sembahyang cukup 5 waktu sehari semalam, tak mampu ya. Mari kawan-kawan kita tinggalkan sebentar cinta dunia, kita kembali ke cinta abadi, dengan bertahajud, bertasbih memuji ALLAH swt. Insyaallah, cinta dunia akan datang dengan sendiri tiada paksaan.
          Wah, hAda memberi nasihat sampai terlupa yang diri sendiri juga tidak mampu untuk melunaskan cinta kepada yang satu sepenuhnya. Kesedaran yang timbul tidak cukup untuk menggerakkan mesin-mesin dalam tubuh untuk melakukannya. –tengok movie sampai pagi mampu ya hAda?-

Monday, 14 November 2011

Seminar Keusahawanan Perniagaan dalam Sektor Pelancongan

TARIKH: 24 NOVEMBER 2011 (KHAMIS)

TEMPAT: PCB Resort Kota Bharu

PENGANJUR: PELAJAR SEMINAR KEUSAHAWANAN PELANCONGAN

DENGAN KERJASAMA: INSTITUSI PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA (ISME)


BAYARAN: RM 35 / 1 PESERTA



CARA BAYARAN:TUNAI / BANK IN atau CEK kepada NUR SUHADAH BINTI JAMALUDIN NO AKAUN 08068020464551 (BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD)


PENTING: Sila simpan / print slip bayaran yang dibuat secara INTERNET BANKING / BANK IN



BORANG PENYERTAAN


Untuk maklumat lanjut sila hubungi Cik Su di talian 0139460871 / 0177447861 atau Cik Ina di talian 0139111901...


Program ini adalah untuk membawa perubahan kepada para peserta yang terdiri daripada siswazah, prasiswazah, dan para pekerja yang berkhidmat dalam sektor kerajaan mahupun swasta untuk berfikir lebih jauh, melangkaui apa yang mereka harapkan dalam kerjaya yang dipilih. Pada masa yang sama juga mengharapkan mereka telah mengetahui secara mendalam bagaimana sesuatu perniagaan boleh terlibat dalam sektor pelancongan.


OBJEKTIVE utama program ini:
Untuk menggalakkan kemahiran keusahawanan dalam bidang yang berkaitan, Untuk memberi pemahaman secara lebih menyeluruh tentang potensi dan peluang-peluang perniagaan dalam sektor pelancongan dan perhotelan kepada para peserta, Untuk mendedahkan cara-cara mencari dana atau membuat pinjaman dari institusi-institusi tertentu untuk memulakan perniagaan, Menunjukkan kemahiran kepimpinan dalam kalangan pelajar dan juga peserta.


INGIN MENJEMPUT:
Kakitangan dan Pelajar Universiti Malaysia Kelantan. 

IPTA dan IPTS sekitar Kelantan, 
Pekerja-pekerja syarikat swasta dan kerajaan, 
Kaunselor, guru dan pelajar-pelajar sekolah,
Usahawan kecil dan sederhana.



Rumusan Program:

Sesi 1

“Peluang Keusahawanan dalam Sektor Pelancongan”
Oleh : En. Jimmy Mesir ( CEO Maharani Hotel dan Apartment )

En. Jimmy Mesir akan memberi penerangan mengenai bagaimana seseorang itu boleh terlibat dalam bidang pernigaan sebagai usahawan. Beliau juga akan memberi penerangan budget-budget hotel di Malaysia dimana ia juga melibatkan resort dan chalet, homestay dan sebagainya sebagai salah satu komponen yang penting dalam sektor pelancongan. Beliau akan mengupas lebih lanjut bagaimana pengusaha-pengusaha perniagaan ini memulakan perniagaan dan bagaimana untuk mengembangkan lagi perniagaan.

Sesi 2
“Spa dan Kesihatan Sebagai Salah Satu Produk Baru Pelancongan”
Oleh : Puan Hajah Rohaiza (CEO Glario Heritage / Rembulan Spa)

Puan Hajah Rohaiza merupakan seorang usahawan wanita yang berjaya dalam bidang spa dan kesihatan. Dalam sesi ini, beliau akan berkongsi segala pengalaman beliau, pengalaman suka dan duka bermula dari langkah pertama menceburkan diri dalam bidang perniagaan  sehingga mampu membina nama dan produk rangkaiannya sendiri di mata dunia. Kini, rangkaian produk-produk beliau bukan sahaja menembusi pasaran tempatan malahan telah berjaya menembusi pasaran global juga. Beliau juga akan memberi motivasi bagaimana sesuatu tarikan boleh dijadikan produk pelancongan dimana seseorang usahawan itu menjadi lebih kretif dan inovatif dalam menjalankan perniagaan.

Sesi 3
“Strategi Pemasaran Viral dalam Industri Pelancongan”
Oleh: En Abdul Hamid bin Mohamed (Executive Director, The Malaysia Observer)

Di dalam sesi ini, perbincang mengenai  mengenai pasaran dan pemasaran yang berkaitan dengan pelancongan. Pasaran pelancongan adalah sangat meluas dan perlu dikenalpasti dengan teliti untuk memastikan para usahawan berada di atas landasan yang betul. Ini juga melibatkan hal yang berkaitan dengan promosi dan pengiklanan.

Sesi 4
“Pembiayaan Dana”
Oleh: En Mohd Imran Bin Ibrahim (Wakil dari SME Bank)

Pelaburan / pembiayaan dana dan pinjaman yang disediakan, siapa yang layak, polisi, cara-cara untuk memohon dana atau pinjaman daripada mereka dan juga agensi-agensi lain serta kriteria-kriteria atau syarat-syarat yang diperlukan untuk memohon pinjaman atau dana tersebut turut dibincangkan.

TENTATIF PROGRAM:
Tarikh:
Masa
Program
24 november 2011.
7:30 pagi
Pendaftaran peserta
8:00 pagi
Ketibaan VIP
8:30 pagi
Majlis perasmian oleh Ketua Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, FKP,
Prof. Madya Dr. Ghazali bin Ahmad
Persembahan
9:15 pagi
(30 minit)
Minum pagi
9:45 pagi
(1 jam 30 minit)
Sesi 1
“Peluang Keusahawanan dalam Sektor Pelancongan”
Oleh : En. Jimmy Mesir ( CEO Maharani Hotel dan Apartment )
11.15 pagi
(1 jam 30 minit)
Sesi  2
“Spa dan Kesihatan Sebagai Salah Satu Produk Baru Pelancongan”
Oleh : Puan Hajah Rohaiza (CEO Glario Heritage / Rembulan Spa)
12:45 tengah hari
Makan Tengah Hari dan Solat
2:00 petang
(1 jam)
Sesi 3
“Strategi Pemasaran Viral dalam Industri Pelancongan
Oleh: En. Abdul Hamid bin Mohamed (Executive Director, The Malaysia Observer)
3.00 petang
(1 jam)
Sesi 4
“Pembiayaan Dana”
Oleh: En Mohd Imran Bin Ibrahim
Pegawai dari SME Bank.
4.00 petang
Majlis Penutup
Minum Petang
5:00 petang
Bersurai


*** makanan disediakan untuk makan pagi, tengah hari dan makan petang...