TEMPAT: PCB Resort Kota Bharu
PENGANJUR: PELAJAR SEMINAR KEUSAHAWANAN PELANCONGAN
DENGAN KERJASAMA: INSTITUSI PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA (ISME)
BAYARAN: RM 35 / 1 PESERTA
CARA BAYARAN:TUNAI / BANK IN atau CEK kepada NUR SUHADAH BINTI JAMALUDIN NO AKAUN 08068020464551 (BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD)
PENTING: Sila simpan / print slip bayaran yang dibuat secara INTERNET BANKING / BANK IN
BORANG PENYERTAAN
Untuk maklumat lanjut sila hubungi Cik Su di talian 0139460871 / 0177447861 atau Cik Ina di talian 0139111901...
Program ini adalah untuk membawa perubahan kepada para peserta yang terdiri daripada siswazah, prasiswazah, dan para pekerja yang berkhidmat dalam sektor kerajaan mahupun swasta untuk berfikir lebih jauh, melangkaui apa yang mereka harapkan dalam kerjaya yang dipilih. Pada masa yang sama juga mengharapkan mereka telah mengetahui secara mendalam bagaimana sesuatu perniagaan boleh terlibat dalam sektor pelancongan.
OBJEKTIVE utama program ini:
Untuk menggalakkan kemahiran keusahawanan dalam bidang yang berkaitan, Untuk memberi pemahaman secara lebih menyeluruh tentang potensi dan peluang-peluang perniagaan dalam sektor pelancongan dan perhotelan kepada para peserta, Untuk mendedahkan cara-cara mencari dana atau membuat pinjaman dari institusi-institusi tertentu untuk memulakan perniagaan, Menunjukkan kemahiran kepimpinan dalam kalangan pelajar dan juga peserta.
INGIN MENJEMPUT:
Kakitangan dan Pelajar Universiti Malaysia Kelantan.
IPTA dan IPTS sekitar Kelantan,
Pekerja-pekerja syarikat swasta dan kerajaan,
Kaunselor, guru dan pelajar-pelajar sekolah,
Usahawan kecil dan sederhana.
Rumusan Program:
Sesi 1
“Peluang Keusahawanan dalam Sektor Pelancongan”
Oleh : En. Jimmy Mesir ( CEO Maharani Hotel dan Apartment )
En. Jimmy Mesir akan memberi penerangan mengenai bagaimana seseorang itu boleh terlibat dalam bidang pernigaan sebagai usahawan. Beliau juga akan memberi penerangan budget-budget hotel di Malaysia dimana ia juga melibatkan resort dan chalet, homestay dan sebagainya sebagai salah satu komponen yang penting dalam sektor pelancongan. Beliau akan mengupas lebih lanjut bagaimana pengusaha-pengusaha perniagaan ini memulakan perniagaan dan bagaimana untuk mengembangkan lagi perniagaan.
Sesi 2
“Spa dan Kesihatan Sebagai Salah Satu Produk Baru Pelancongan”
Oleh : Puan Hajah Rohaiza (CEO Glario Heritage / Rembulan Spa)
Puan Hajah Rohaiza merupakan seorang usahawan wanita yang berjaya dalam bidang spa dan kesihatan. Dalam sesi ini, beliau akan berkongsi segala pengalaman beliau, pengalaman suka dan duka bermula dari langkah pertama menceburkan diri dalam bidang perniagaan sehingga mampu membina nama dan produk rangkaiannya sendiri di mata dunia. Kini, rangkaian produk-produk beliau bukan sahaja menembusi pasaran tempatan malahan telah berjaya menembusi pasaran global juga. Beliau juga akan memberi motivasi bagaimana sesuatu tarikan boleh dijadikan produk pelancongan dimana seseorang usahawan itu menjadi lebih kretif dan inovatif dalam menjalankan perniagaan.
Sesi 3
“Strategi Pemasaran Viral dalam Industri Pelancongan”
Oleh: En Abdul Hamid bin Mohamed (Executive Director, The Malaysia Observer)
Di dalam sesi ini, perbincang mengenai mengenai pasaran dan pemasaran yang berkaitan dengan pelancongan. Pasaran pelancongan adalah sangat meluas dan perlu dikenalpasti dengan teliti untuk memastikan para usahawan berada di atas landasan yang betul. Ini juga melibatkan hal yang berkaitan dengan promosi dan pengiklanan.
Sesi 4
“Pembiayaan Dana”
Oleh: En Mohd Imran Bin Ibrahim (Wakil dari SME Bank)
Pelaburan / pembiayaan dana dan pinjaman yang disediakan, siapa yang layak, polisi, cara-cara untuk memohon dana atau pinjaman daripada mereka dan juga agensi-agensi lain serta kriteria-kriteria atau syarat-syarat yang diperlukan untuk memohon pinjaman atau dana tersebut turut dibincangkan.
TENTATIF PROGRAM:
Tarikh: | Masa | Program |
24 november 2011. | 7:30 pagi | Pendaftaran peserta |
8:00 pagi | Ketibaan VIP | |
8:30 pagi | Majlis perasmian oleh Ketua Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, FKP, Prof. Madya Dr. Ghazali bin Ahmad Persembahan | |
9:15 pagi (30 minit) | Minum pagi | |
9:45 pagi (1 jam 30 minit) | Sesi 1 “Peluang Keusahawanan dalam Sektor Pelancongan” Oleh : En. Jimmy Mesir ( CEO Maharani Hotel dan Apartment ) | |
11.15 pagi (1 jam 30 minit) | Sesi 2 “Spa dan Kesihatan Sebagai Salah Satu Produk Baru Pelancongan” Oleh : Puan Hajah Rohaiza (CEO Glario Heritage / Rembulan Spa) | |
12:45 tengah hari | Makan Tengah Hari dan Solat | |
2:00 petang (1 jam) | Sesi 3 “Strategi Pemasaran Viral dalam Industri Pelancongan” Oleh: En. Abdul Hamid bin Mohamed (Executive Director, The Malaysia Observer) | |
3.00 petang (1 jam) | Sesi 4 “Pembiayaan Dana” Oleh: En Mohd Imran Bin Ibrahim | |
4.00 petang | Majlis Penutup Minum Petang | |
5:00 petang | Bersurai |
*** makanan disediakan untuk makan pagi, tengah hari dan makan petang...
No comments:
Post a Comment