him...her...together...

him...her...together...

Saturday 19 November 2011

C.I.N.T.A (persepsi hada)

C.I.N.T.A. K.I.T.A. satu rasa
C.I.N.T.A. B.U.T.A. tak bermata lahirnya
C.I.N.T.A. G.I.L.A. pada harta
M.A.N.A. C.I.N.T.A.. yang sebenar2nya
C.I.N.T.A. K.I.T.A. sampai bila
Manakah satu arah kita sebenarnya dunia

Kita berasmara di dalam cinta yang tak bermaya
Kita berupaya selagi padu janji setia
Kita selami cinta ini kian lama
Telan arus nangis ketawa
Sama rasa pastinya
Walaupun tahu cinta itu tak bermata
Namun masih banyak ada
Yang menawan di dalamnya


Wah, rokckers hada yer.. layan XPDC tu. Nak wat macam mana hAda memang minat lagu-lagu rockers 80an ni. Lagu-lagu zaman ni memang betul-betul menusuk jiwa. Mesti kawan-kawan nak kata hAda jiwangkan? Tak pe, hAda tak kisah.
siapa yang mahu hAda diskusi hal cinta hari itu? nah hAda dah come out dengan sesuatu yang anda minat.
Bukan mudah untuk mencari cinta, bukan mudah untuk memahami siapa saya, siapa awak tapi inilah cinta. Kalau tidak, tidaklah dipanggil stage penyesuaian mase bercinta. Manusia ni kan banyak ragamnya, maka kita perlu mengenalinya. Bak kata pepatah orang tua-tua, tak kenal maka tak cinta, Kadang-kadang betul juga, pepatah lama ni, kalau dah kenal baru  jatuh cinta. Kalau tak kenal macam mana nak jatuh cinta kan??? Kan???
Tapi hairan ya, ada juga yang bercinta jarak jauh, yang tak pernah kenal rupa, yang tak berjumpa, bercinta. Macam mana ya? Apa rahsianya? Wah, teringat hAda kisah kawan hAda di sekolah dulu. Bercinta dengan seseorang yang tak pernah dikenali. Hanya bertukar gambar. Bertahun lamanya. Hanya mengenali lewat telefon-telefonnya. Adakah anda pernah mengalami sebegini? Dimanakah letakknya cinta itu? hAda sendiri kurang pasti.
Pada hAda cinta itu buta. Sebab hAda tak dapat menilai siapa yang hAda cinta. Pada hAda juga, cinta itu bodoh sebab terpaksa berkorban untuk orang yang hAda sayang. Dan hAda juga berpendapat, cinta itu palsu, keranan hanya dengan kata-kata manis, hAda mampu terlena dalam cinta. Lalu, mesti kalian tertanya-tanya apa itu cinta pada hAda. Pada hAda cinta itu mewah. hAda perlu mewah untuk bercinta. Bagaimana?
1.       Perlu selesa masa dating
2.       hAda tak nak bermadu :P
3.       masa dengan hAda Cuma dengan hAda, bukan dengan orang lain
4.       kasih sayang itu hanya untuk hAda
hAda bukan hanya ingin mewah dari segi keewangan tapi hAda juga mahu mewah dengan kasih sayang.
seSungguhnya, cinta hanya pada satu, untuk yang berhak, ALLAH swt. Namun, manusia lupa kepada siapa cinta itu seharusnya diberikan, kepada siapa rindu itu seharusnya di curahkan. Muda-mudi hari ini –termasuk Hada- buta menilai cinta yang agung. Bak kata orang, cinta itu buta. Kalau cinta itu buta, kita sebagai umat seharusnya rela berbuat apa sahaja untuk ALLAH swt dan meninggalkan larangannya. Namun, fenomena hari ini, terbalik pulak, untuk buayefriend –boyfriend- sanggup, tergadai body tak per. Tapi nak sembahyang cukup 5 waktu sehari semalam, tak mampu ya. Mari kawan-kawan kita tinggalkan sebentar cinta dunia, kita kembali ke cinta abadi, dengan bertahajud, bertasbih memuji ALLAH swt. Insyaallah, cinta dunia akan datang dengan sendiri tiada paksaan.
          Wah, hAda memberi nasihat sampai terlupa yang diri sendiri juga tidak mampu untuk melunaskan cinta kepada yang satu sepenuhnya. Kesedaran yang timbul tidak cukup untuk menggerakkan mesin-mesin dalam tubuh untuk melakukannya. –tengok movie sampai pagi mampu ya hAda?-

Monday 14 November 2011

Seminar Keusahawanan Perniagaan dalam Sektor Pelancongan

TARIKH: 24 NOVEMBER 2011 (KHAMIS)

TEMPAT: PCB Resort Kota Bharu

PENGANJUR: PELAJAR SEMINAR KEUSAHAWANAN PELANCONGAN

DENGAN KERJASAMA: INSTITUSI PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA (ISME)


BAYARAN: RM 35 / 1 PESERTA



CARA BAYARAN:TUNAI / BANK IN atau CEK kepada NUR SUHADAH BINTI JAMALUDIN NO AKAUN 08068020464551 (BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD)


PENTING: Sila simpan / print slip bayaran yang dibuat secara INTERNET BANKING / BANK IN



BORANG PENYERTAAN


Untuk maklumat lanjut sila hubungi Cik Su di talian 0139460871 / 0177447861 atau Cik Ina di talian 0139111901...


Program ini adalah untuk membawa perubahan kepada para peserta yang terdiri daripada siswazah, prasiswazah, dan para pekerja yang berkhidmat dalam sektor kerajaan mahupun swasta untuk berfikir lebih jauh, melangkaui apa yang mereka harapkan dalam kerjaya yang dipilih. Pada masa yang sama juga mengharapkan mereka telah mengetahui secara mendalam bagaimana sesuatu perniagaan boleh terlibat dalam sektor pelancongan.


OBJEKTIVE utama program ini:
Untuk menggalakkan kemahiran keusahawanan dalam bidang yang berkaitan, Untuk memberi pemahaman secara lebih menyeluruh tentang potensi dan peluang-peluang perniagaan dalam sektor pelancongan dan perhotelan kepada para peserta, Untuk mendedahkan cara-cara mencari dana atau membuat pinjaman dari institusi-institusi tertentu untuk memulakan perniagaan, Menunjukkan kemahiran kepimpinan dalam kalangan pelajar dan juga peserta.


INGIN MENJEMPUT:
Kakitangan dan Pelajar Universiti Malaysia Kelantan. 

IPTA dan IPTS sekitar Kelantan, 
Pekerja-pekerja syarikat swasta dan kerajaan, 
Kaunselor, guru dan pelajar-pelajar sekolah,
Usahawan kecil dan sederhana.



Rumusan Program:

Sesi 1

“Peluang Keusahawanan dalam Sektor Pelancongan”
Oleh : En. Jimmy Mesir ( CEO Maharani Hotel dan Apartment )

En. Jimmy Mesir akan memberi penerangan mengenai bagaimana seseorang itu boleh terlibat dalam bidang pernigaan sebagai usahawan. Beliau juga akan memberi penerangan budget-budget hotel di Malaysia dimana ia juga melibatkan resort dan chalet, homestay dan sebagainya sebagai salah satu komponen yang penting dalam sektor pelancongan. Beliau akan mengupas lebih lanjut bagaimana pengusaha-pengusaha perniagaan ini memulakan perniagaan dan bagaimana untuk mengembangkan lagi perniagaan.

Sesi 2
“Spa dan Kesihatan Sebagai Salah Satu Produk Baru Pelancongan”
Oleh : Puan Hajah Rohaiza (CEO Glario Heritage / Rembulan Spa)

Puan Hajah Rohaiza merupakan seorang usahawan wanita yang berjaya dalam bidang spa dan kesihatan. Dalam sesi ini, beliau akan berkongsi segala pengalaman beliau, pengalaman suka dan duka bermula dari langkah pertama menceburkan diri dalam bidang perniagaan  sehingga mampu membina nama dan produk rangkaiannya sendiri di mata dunia. Kini, rangkaian produk-produk beliau bukan sahaja menembusi pasaran tempatan malahan telah berjaya menembusi pasaran global juga. Beliau juga akan memberi motivasi bagaimana sesuatu tarikan boleh dijadikan produk pelancongan dimana seseorang usahawan itu menjadi lebih kretif dan inovatif dalam menjalankan perniagaan.

Sesi 3
“Strategi Pemasaran Viral dalam Industri Pelancongan”
Oleh: En Abdul Hamid bin Mohamed (Executive Director, The Malaysia Observer)

Di dalam sesi ini, perbincang mengenai  mengenai pasaran dan pemasaran yang berkaitan dengan pelancongan. Pasaran pelancongan adalah sangat meluas dan perlu dikenalpasti dengan teliti untuk memastikan para usahawan berada di atas landasan yang betul. Ini juga melibatkan hal yang berkaitan dengan promosi dan pengiklanan.

Sesi 4
“Pembiayaan Dana”
Oleh: En Mohd Imran Bin Ibrahim (Wakil dari SME Bank)

Pelaburan / pembiayaan dana dan pinjaman yang disediakan, siapa yang layak, polisi, cara-cara untuk memohon dana atau pinjaman daripada mereka dan juga agensi-agensi lain serta kriteria-kriteria atau syarat-syarat yang diperlukan untuk memohon pinjaman atau dana tersebut turut dibincangkan.

TENTATIF PROGRAM:
Tarikh:
Masa
Program
24 november 2011.
7:30 pagi
Pendaftaran peserta
8:00 pagi
Ketibaan VIP
8:30 pagi
Majlis perasmian oleh Ketua Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, FKP,
Prof. Madya Dr. Ghazali bin Ahmad
Persembahan
9:15 pagi
(30 minit)
Minum pagi
9:45 pagi
(1 jam 30 minit)
Sesi 1
“Peluang Keusahawanan dalam Sektor Pelancongan”
Oleh : En. Jimmy Mesir ( CEO Maharani Hotel dan Apartment )
11.15 pagi
(1 jam 30 minit)
Sesi  2
“Spa dan Kesihatan Sebagai Salah Satu Produk Baru Pelancongan”
Oleh : Puan Hajah Rohaiza (CEO Glario Heritage / Rembulan Spa)
12:45 tengah hari
Makan Tengah Hari dan Solat
2:00 petang
(1 jam)
Sesi 3
“Strategi Pemasaran Viral dalam Industri Pelancongan
Oleh: En. Abdul Hamid bin Mohamed (Executive Director, The Malaysia Observer)
3.00 petang
(1 jam)
Sesi 4
“Pembiayaan Dana”
Oleh: En Mohd Imran Bin Ibrahim
Pegawai dari SME Bank.
4.00 petang
Majlis Penutup
Minum Petang
5:00 petang
Bersurai


*** makanan disediakan untuk makan pagi, tengah hari dan makan petang...




Wednesday 9 November 2011

Dan bila HADA kembali....


Hello semua...
Hada is back... Sorry my old blogs can’t be opened. So hada bukak blog baru. Followed yang ni pulak tau. Sem baru dah bermula berbulan-bulan lamenya, dan hada dalam proses pembelajaran di sem last. Wah sudah nak graduate ni. Hihihihi. Tak sabar nak jadi dewasa. Doakan hada ya. Banyak sebenarnya cerita ni, tapi hada tak tahu nak start daripada mana. Urmmm, ok kita bermula dengan imej...

Imej hada sama macam dulu, tapi mungkin sedikit berubah. Sudah pandai mahu lawa-lawa. Sudah pandai mahu fesyen-feshen. Wah, ngetop gitu. Tapi jangan terkejut ya... Ada suprise.

Ni masa bosan... janji masa dulu... huhuhu amacam comey tak?
Tapi hada still macam ni... tak berubah. Insyallah satu hari nanti hada akan jadi macam yang di atas.


Apa lagi ya? Wah hada tengah menyelesaikan thesis hada yang bertajuk “The Perception of Malaysian toward Kelantan Traditional Food.” Best tak tajuk hada ni? Bukan apa Kelantan ni very unique tapi tu lah tak tahu kat mana uniquenya. Jadi, hada keluar dengan sesuatu yang menarik untuk dinikmati.

Hada ada jumpa beberapa orang kawan yang baik. Siapa? Itu rahsia. Hada jatuh cinta dengan warna merah. Kenapa? Sebab merah itu bersemangat. Hada sudah rindu pada saufa sakinah. Tapi hada tak mampu untuk menyudahkannya. Pelikkan? Bukannya tak ada masa tapi hada stuck di tengah jalan. Mesti ramai yang tertanya-tanya siapa saufa sakinah. Jom klik ke http://lovelysu-nur.blogspot.com/.
Cukuplah untuk kali ni. Esok hada update lagi ya. Sesiapa yang ada issues untuk dibahaskan, sila nyatakan, agar dapat kita berkongsi ilmu.:)
Salam sayang dari hada.